Wednesday, January 21, 2009

selamat tahun baru!


saya ni agak ketinggalan rupanya! sudah 21 hari berlalu sejak menjelangnya tahun 2009. bukannya saya sengaja, malah masa tidak mengizinkan. lagi2 pula nak menulis menggunakan bahasa jiwa bangsa ini bukanlah semudah yang saya sangka. ada masanya saya lebih senang menulis menggunakan bahasa pasar campuran inggeris-melayu ataupun selalunya [kalau saya jujur] memang saya lebih laju menggunakan bahasa inggeris sahaja. saya akui, ini semua adalah alasan kosong sahaja. kalau hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih! berbalik kepada ulasan tahun baru ini, saya rasa cepat sunnguh masa berlalu. rasanya macam baru semalam 2008 menjelang tiba, eh hari ni sudah berlalu!

kebiasaannya saya akan sibuk menyenaraikan perkara2 penting untuk saya jadikan resolusi. tahun ini saya agak keberatan. bukannya apa, senarai tahun 2008 pun belum saya pangkah semuanya!! berikut adalah excerpt dari wishlist 2008 saya :

"like any other human being, i love getting stuff, buying stuff, achieving stuff, fantasising to get stuff etc etc etc. well, you know the drift :) so here we are, in the first month of the new year 2008, i am listing down ALL the things i want in and from life ahead. here we go...


one: be happy and grateful with/for everything i already have
two: become a much better person i.e. a better Muslimah (hopefully)
three: be determined to achieve whatever i want from life
four: be positive and supportive of my loved ones ambitions and aspirations
five: do my very best in everything i venture
six: to talk less and do more
seven:
to be wise and learn from my (and others) past mistakes
eight: to save and save and save for my children's better future
nine: to listen and obey more
ten: to work hard at work and 'tuang no more!'


now is the material part of my wishlist :)
one:
a really nice 30th birthday present for myself to mark my entry to adulthood
two: satu bidang tanah dgn keluasan yg sesuai di tanahairku, Malaysia :)
three:
no more glasses for this year (or next year actually - have to learn to recycle the ones yg i dah ada)
four: no more shoes - no more space for me in the shoe cupboard :(
five:
more bags for me - yippieeee. i still have space for my bags - it's an addiction :)
six: no more trapeze or smock dresses - coz i spent a lot already @ monsoon during Xmas sale just gone
seven: to look after the car i drive a bit better i.e. masukkan air for windscreen wash when needed, or to remind hubby to top up coolant appropriately, and to avoid potholes as much as possible :)
eight:
to stop buying shoes for my babygirl, well at least until she grows out of the ones she has now
nine:
to suspend my desire of getting more denim pants for both hubby and my babyboy, well at least until all the jeans are torn apart or kena gigit tikus ke (eeiiiiiiiiewww)
ten:

to buy a really nice present for hubby as a token of appreciation for all his hardwork around the house, and of course, for sticking with me and my crazy self :)

and then here's my academic/learning-new-things list :)
one: learn to read and/or speak at least ONE foreign language, preferably either french, italian or spanish
two: learn to salsa he he he
three: practise skiing in my dreams - as i don't think we'll have another ski vacation this year :(
four:
continue to be obsessed with baking chocolate cakes, hopefully can venture out to baking other flavoured cakes he he he
five: be more interested in cooking in general - you know you can do better, mommy
six: learn to use daddy's driller and bits - just in case i need to make some lubang on the wall to hang picture frames for e.g.
seven: learn how to operate the sewing machine daddy bought last year
eight: learn to study at least 2 hours daily for my CPD
nine: learn how to make butter cream for cake topping
ten: actually read my BJP subscriptions :)


so, there we go, folks - it's pretty comprehensive i'd say. hope i'll be able to achieve all the above. some will be darn hard to do e.g. no more shoes. some are easier e.g. to get more bags :) so, this will be a challenge in varying levels of difficulties. wish me luck and i'll do an inventory in january 2009 pulak he he he"

haa... jadi, yang kuning tu saya dah berjaya capai dan yang tak kuning tu masih terkedek2 untuk dicapai. oleh kerana senarai tahun 2008 pun saya tak mampu nak pangkah semuanya, saya berniat untuk teruskan lagi perjuangan yang sama.
akhir kata untuk entri kali ini : selamat tahun baru 2009 dan semoga tahun ini lebih bermakna untuk anda!


Sunday, December 21, 2008

jiwa kacau

tahun 2009 semakin menjelang dan saya semakin awas dengan perkara2 penting yang masih belum dipangkah dalam senarai "things-to-do" saya. wah, serabut sungguh kepala! antara perkara2 PENTING yang tertangguh:

  1. hantar dokumen untuk diploma psikoterapi psikoanalisa commencing late Jan 09
  2. hantar dokumen untuk HR -- untuk sah jawatan commencing Jan 09
  3. hantar borang kursus temuduga untuk Higher Specialist Training di RCPI sebelum 14th Jan 09
  4. hantar borang kursus pengurusan di RCSI sebelum Jan 09
  5. discharge summaries pesakit2 yang bertimbun
  6. uruskan cuti tahunan dan cuti belajar
  7. hantar borang pelepasan ethics comittee untuk audit/survey
  8. email Prof berkenaan survey pelajar perubatan
  9. email Prof berkenaan lanjutan tugas sebagai tutor
  10. surat rasmi kepada Medical Director berkenaan wakil comittees
  11. konfirm bas sekolah anak lelaki saya
  12. book kursus2 dan tiket2 perjalanan
  13. borang aplikasi peperiksaan 26th Jan 09

itu pun bukan exhaustive list!

kepala saya serabut disebabkan beberapa perkara. anak2 saya selama ini dimanjakan oleh "mak" yang akan pulang ke tanahair pada 16th Jan 09. tidak lama lagi. sebaik sahaja Januari bermula, saya dan si dia akan menghantar kedua2 si comel itu ke Junior's Creche. anak lelaki saya sudah pun masuk sekolah rendah di umur 4.5 tahun jadi saya cuma perlu uruskan dia selepas waktu sekolah i.e. 2p.m. sedangkan anak perempuan saya sememangnya berada di Junior's Creche sejak pukul 8a.m. untuk kelas montessori. perbezaannya, bila mak sudah pulang ke tanahair, kedua2 mereka akan berada di creche sehinggalah saya pulang dari kerja -- seawal2 6p.m. dahulu, pukul 2p.m. sahaja mereka sudah pun kenyang makan bersuap dan mungkin tengok TV sambil berbaring selepas membuat kerja rumah. saya pasti mereka akan merindui mak.

saya juga pasti keadaan rumah akan menjadi lebih ribut dan serabut memandangkan semuanya saya dan si dia harus uruskan sendiri. rutin pagi tentunya berubah dan saya pasti kadar tekanan jiwa juga bertambah. namun begitu, saya berasa sangat positif sekali dgn perubahan ini. saya berasa yakin dan lebih bersedia untuk menguruskan rumahtangga dgn bantuan si dia sahaja di samping bekerja sepenuh masa. gusar dan debar? eh, tentu lah! tetapi saya optimis. soal kewangan juga agak mendebarkan bagi saya. Junior's creche juga bukannya murah tetapi masih lagi termasuk dalam kategori 'mampu'. tambah lagi keadaan ekonomi dunia yang agak gawat tanpa tanda2 akan improve dalam jangkamasa terdekat, kepala saya semakin serabut bila mengenangkan dugaan2 yang bakal tiba.

baru2 ini saya berborak kosong dengan seorang teman yang bakal pulang ke tanahair selepas berada di bumi orang selama 2 tahun. keputusannya agak mendadak, berdasarkan kegawatan ekonomi. ramai rupanya teman2 yang terpaksa pulang ke tanahair selepas 'dilepaskan' oleh majikan masing2. kecut juga perut saya mendengarnya! selalu mendengar cerita2 orang, bimbang juga saya kalau tidak berhati2 takut terkena batang hidung sendiri. lagi2 pula saya yang bermasalah suka berbelanja sampai lupa dunia!

mulai hari ini, saya berazam untuk lebih menyimpan dari berbelanja. saya tahu, azam ini memang antara yang paling sukar untuk saya lunaskan. namun begitu, apalah salahnya berazam, kan? semoga Tuhan kuatkan hati dan semangat saya untuk mencapai dan menjadikan azam saya itu suatu kenyataan.

hari esok, saya perlu cuba lebih kuat lagi untuk memangkah senarai 'things-to-do' saya. semoga jiwa saya lebih tenang dan tidak kacau lagi.

Tuesday, December 16, 2008

my *terrible terrible* addictions

saban hari saya terfikir untuk menulis di sini. baru hari ini dapat saya nukilkan sepatah dua kata. sibuk juga akhir2 ini -- lagi lagi pula hari krismas menjelang dan hari raya aidiladha baru berlalu. hidup di negara orang ini, bak kata orang tua2 "masuk kandang kambing menguak, masuk kandang harimau mengaum". orang lain menyambut krismas, kita pun sama sibuknya. sudah menjadi culture bila menjelang krismas memang sale dan jualan murah merata2. naik gila juga makcik dibuatnya! mujurlah hari2 saya sibuk dan tiada peluang untuk mencuci mata -- kalau tidak sudah tentu dompet saya pun saya cuci sekali *smile*

kalau si dia tahu hajat di hati saya yang tak habis2 memikirkan "apa lagi yang best kat kedai tu, aku nak beli!" mahu pening dan pusing kepala si dia. alasan saya : "i kan perempuan...". yang sebetulnya, perangai suka membazir, suka membeli itu dan ini, dan tak cukup serba satu mahu serba dua ini perangai baru saya sejak berkahwin dan berkerjaya. saya tiada alasan kukuh melainkan "i like having them stuff!".... pantang ada sale, wah, seronoknya!! si dia kalau boleh memang mahu saja nak menggari tangan dan merantai kaki saya asalkan saya tidak menjelajah ke arah Brown Thomas -- officially tempat persinggahan yang saya paling gemar akhir2 ini. ketagihan sya terbaru ialah membeli beg2 tangan berjenama. kononnya buat heirlooms untuk anak gadis saya suatu hari nanti. lagi2 pula beg2 tangan berjenama yang saya ketagih membeli ini kebanyakannya tak depreciate in value. bak kata, suatu hari nanti bila saya sudah tiada, beg2 saya boleh lah menjadi kenangan ataupun bila sudah menjadi barangan vintage, harganya pasti melambung. yang paling saya suka, beg2 edisi terhad -- contohnya satu beg sandang bahu yang si dia hadiahkan untuk hari ulangtahun kelahiran saya yang akan datang. yang satu itu tak mungkin saya put up for sale, ever, sebab itu adalah kenangan untuk saya dari si dia *smile*

penyakit ketagihan saya agak keterlaluan sebenarnya. bukan terhad pada beg2, malahan jam dan juga barang kemas. mujurlah saya mampu membekukan keinginan saya ini. sudah hampir setahun saya tidak membeli jam tangan ataupun barang kemas. saya juga seorang yang mudah bosan dgn barangan yang sama. entah kenapa. buruk sungguh perangai tamak, tak cukup satu nak dua! setakat ini barangan yang saya beli, memang semuanya saya pakai. ummi saya kata, kalau tak dipakai WAJIB dikenakan zakat harta. sekurang2 dikenakan sekali setahun. ummi saya pun boleh tahan juga koleksi barang kemasnya. mungkin penyakit ketagihan saya ini, keturunan. abah saya pula lagi dahsyat ketagihannya. rokok, sampah-sarap, kertas2 dan fail2 antik/buruk zaman kerjayanya sebagai seorang pegawai tentera, surat2 cinta kami adik-beradik pun habis semuanya abah kumpul. "jangan pandai2 nak buang barang abah! sentimental value, okay!" -- naik pusing kepala ummi.

saya kurang pasti apa pula ketagihan adik2 saya. yang saya mungkin boleh teka, adik saya yang ketiga juga punya kegemaran yang sama -- beg dan juga kasut. dan tudung. oh, ya -- alat2 solek! dia memang manis orangnya. kerjanya sedari kecil dulu, sebelum pergi ke sekolah dia akan sibuk menyisir rambut yang kerinting ikal di hadapan cermin. sewaktu di kolej, memang kerjanya asyik berbedak saja. adik saya kedua, agak simple orangnya. saya kurang pasti apa pula ketagihannya. mungkin anak lelaki kesayangnnya yang baru sahaja mencapai umur 6 minggu.

adik lelaki saya yang keempat, suka sungguh dengan wang dan makanan. dan juga bergaya sakan. mujur juga orang nya memang tinggi, agak lampai juga dan berwajah tampan. adik bongsu perempuan saya pula, ada banyak ketagihannya. antara yang saya tahu -- apa juga jenis sukan terutamanya yang lasak2, menyertai kem2 anjuran belia terkini terutama yang berkenaan kem membina diri dan semangat juang, buku2 motivasi dan self-help, bidang guaman yang sedang dia pelajari di pusat pengajian tinggi, dan juga menulis puisi2 jiwangnya. adik saya yang seorang ini memang agak kreatif orang nya. adik bujang saya yang bongsu pula, lain dari yang lain. jenisnya tak suka meminta. baru2 ini saya hadiahkan dia pemain MP3. oh ya, semasa kecil dahulu dia SANGAT suka bermain video game -- CD games dan playstation. sampai sekarang pun masih suka bermain games walaupun hanya telefon bimbit.

betulkan, ketagihan itu keturunan?

saya berharap anak2 saya tidak mewarisi penyakit ketagihan saya. mujur juga si dia jenis berjimat orangnya. dia juga jenis ketagihan -- ketagihan kereta! tak mungkin saya benarkan ketagihan dia itu berlarutan. maklumlah, bukannya seorang dua jutawan!

azam saya untuk tahun baru yang semakin hampir ini adalah untuk membanteras pembaziran dan cuba sedaya-upaya saya untuk mengurangkan tahap ketagihan saya. insya Allah. paling tidak, nampaknya kenalah saya membayar zakat harta2 saya yang penghabisan hanya menjadi hiasan bilik tidur semata.

Tuesday, December 2, 2008

love, love, love : for my mom

hari ini saya terbangun agak awal dari biasa -- tapi masih lewat kalau dibandingkan dgn orang2 lain. perkara pertama yg muncul di kotak fikiran saya : hari ini hari ulangtahun kelahiran ibu saya! seperti biasa, saya dan si dia (hubby) terhegeh2 bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja -- niat saya, akan call ummi dalam perjalanan nanti. anak bujang saya, harris, pula sibuk bertanyakan itu dan ini, manakala si dia pula sibuk menelefon saya berbincang hal ehwal isu semasa i.e. traffic jam, mesyuarat cikgu-ibubapa dan plan untuk cuti musim winter dan tahun baru 2009. langsung saya tak sempat nak call ummi.

sampai di tempat kerja, saya lekas bergegas ke ward -- selesai review 2 pesakit saya dan perkara2 remeh yang lain, saya menuju ke arah doctor's residence sambil mendail phone number ummi. akhirnya dapat juga saya mengucapkan 'selamat hari jadi' pada ummi. cepat betul masa berlalu -- tahun ni ummi menyambut ulangtahun yg ke- 57! tapi ummi seorang yg tak makan umur, pada pandangan saya. uban di rambut pun boleh dibilang dgn jari, itupun rambut perlu diselak2 baru lah jumpa. ummi hitam manis orangnya. menurut kata abah, itu lah daya pemikat -- antara sebab musabab abah jatuh cinta! ummi jugak agak pendiam, especially kalau berjumpa dgn strangers. tetapi kalau di kalangan teman2 sekerja dia, boleh tahan juga riuhnya! nama glamernya : kak long. kenapa? semua orang pun bertanya, termasuklah kami adik-beradik. padahal ummi anak perempuan bongsu dalam keluarga dan abah 'abang lang @ abang chik'. the only plausible explanation -- nama ummi Fatimah Kalthum bte Long. aik, zaman dulu2 pun orang main nama bapa ke....?

pendapat saya, disebabkan panggilan 'kak long' itu ummi jadi seolah2 macam kakak di tempat kerja, di kalangan ahli keluarga. bak kata, banyak perkara rujuk dengan 'kak long'. ummi , orangnya jujur dan selamba benyek saja. kalau mahu pendapat jujur tanya lah ummi . sekarang saya tahu dari mana datangnya sifat itu dalam diri saya. bukan niat untuk melukai, tapi sometimes you do have to be cruel to be nice e.g. in the case of somebody with body odour. kadang2 saya ngeri ingatkan ummi . pernah suatu ketika, kami pergi menjamu selera di sebuah Medan Tomyam berdekatan dengan rumah. ummi memang handal memasak, bagi saya memang tiada tandingan. jadi, kalau diri sendiri memang handal memasak, tentunya punya citarasa yang agak tinggi bila makan di luar. hendak dijadikan cerita, semangkuk tomyam yang dijamu itu memang hampeh rasanya. ummi, dgn penuh ikhlas (tapi pedas) menyatakan kepada tuan punya restoran kekurangan rasa tomyam masakan mereka. aduss!

ummi juga dalam diam2 agak 'feisty' orangnya. saya teringatkan semasa saya di zaman primary school dulu. adik lelaki saya memang agak nakal dan degil orangnya. langsung tak berminat dgn pelajaran. disebabkan dia, saya dah jadi bergaduh dgn guru kelas darjah satunya yang pada pendapat saya, tak cukup psikologi untuk mendidik anak bangsa. kesudahannya, datanglah ummi dan abah ke sekolah. wah, saya fikir "mampus lah aku". tapi niat di hati nak membela nasib adik saya -- "habis lah chance aku nak ke asrama penuh". saya dipanggil guru besar dan saya diberitahu "lupakanlah hasrat awak nak ke asrama penuh" dengan cara jarum yg paling halus i.e. secara kiasan, saya kembali ke kelas. fikiran saya, "habislah aku kena marah ni bila balik rumah!". tapi, ummi dan abah were very supportive. mungkin mereka kenal saya. mereka tahu kalau tidak perlu, saya tak mungkin sanggup jeopardise angan2 saya nak ke asrama penuh. di rumah, ummi dan abah memang calm dan relax saja. sampai ke hari ini, saya takkan lupa kata abah saya. "kalau yong tak dapat masuk asrama penuh pun tak apa. abah bangga kak yong lebih pentingkan adik2. tak masuk kali ini, masuk nanti bila form 4, okay!". cikgu besar memang silap. walaupun saya tak dapat masuk asrama penuh di tingkatan satu, alhamdulillah, saya berjaya mencapai cita2 saya. dan mungkin juga, kalaulah bukan kerana saya membela adik saya sehingga di panggil guru besar dan langsung tidak ke asrama penuh kerana tak dapat sokongan cikgu -- mungkin saya hanya cemerlang di takat itu sahaja. ummi, bukan sahaja tak marahkan saya, tapi dalam diam dia berhubung melalui telefon dgn cikgu adik saya dan memberi sepatah dua kata. terkelu rasanya cikgu saya bayangkan. ummi hanya revealed her conversation after beberapa hari. mungkin sebab tak mahu keruhkan keadaan. kadang2 saya pelik, jadi cikgu memanglah pekerjaan yg mulia tapi juga penuh tanggungjawab. saya harap cikgu adik saya tu sedar kesilapan dia mendera budak2 yang baru nak mengenal dunia. nasib baik saya tidak dibelasahnya hari tu. tapi saya maafkan dia. hanya kerana dia cikgu, tak semestinya dia bijak mengendalikan semua perkara.

berbalik kepada ummi.

ummi bukanlah orang yang paling rajin dalam dunia. tapi dengarnya kalau di tempat kerja, memang berdedikasi habis2san. gelihati saya kalau teringatkan satu hari dalam sejarah bila ummi dapat anugerah pingat dari Agong beberapa tahun yang lepas. sangka saya, adik saya buat cerita fiction! ummi pun terkejut sendiri. i guess, kalau kita berbakti ikhlas, insya Allah adalah habuannya. di dinding rumah terhias 2 bingkai gambar2 ummi menerima pingat bersama abah yang segak berbaju melayu hitam tersenyum penuh bangga. ummi berbakti sebagai jururawat terlatih selama lebih 30 tahun sebelum dia bersara di usia 55. wah, saya masih ingat lagi betapa excited nya ummi untuk bersara. tetapi, tak sampai 2 tahun, dah terasa gatal nak bekerja semula. jadi tahun ini, ummi kembali sebagai tenaga pengajar. bangga saya.

ummi, kalau membeli-belah sangat cerewet orangnya. dan berjimat-cermat (bagi saya kedekut!). memilih bukan main! walaupun sekarang anak2 masing sudah berkerja dan berkerjaya -- nak belikan pakaian untuk ummi bukannya mudah. belum tentu dia suka. ummi memang pandai memilih, especially kalau kain baju kurung. sampai sekarang baju kurung saya kebanyakkan ummi yang pilih! semasa kecil2 dulu, baju2 kurung ummi jahit sendiri. seluar dalam pun ummi jahit sendiri -- dari kain2 perca lebihan jahitan baju kurung. saya ingat lagi sehelai baju kemeja adik lelaki saya yang matching dgn baju kurung ummi. saya juga masih ingat betapa lebarnya senyuman adik saya kali pertama memakai. ummi memang pandai berjimat dan hanya berbelanja bila perlu. dulu saya hanya tahun mengomel, tapi kini setelah saya pun mengurus hal-ehwal kewangan sendiri, baru lah saya tahu menghargai pengorbanan ummi.

ummi saya orangnya keras hati. nampak lembut tapi wow, kalau merajuk alamatnya esok saja lah pujuk. abah pula memang sangat memahami orangnya. mungkin ummi bukan jenis orang yang banyak kerenah. jadi, sekali-sekala merajuk tentunya jadi isu yang agak besar. kalau dulu, menjelang raya puasa asyik pulang ke JB. memang agak jarang pulang ke KT. ummi tak pernah pula mengadu dan complaint -- seingat2 saya. tak macam saya yang asyik tak puas hati saja dgn si dia! ummi memang selalu cool dan sentiasa sabar orangnya. mungkin sebab itu abah selalu laungkan kasih dan cinta pada ummi tanpa segan silu.

di hari ulangtahun ummi yang ke-57 ini : saya ingin laungkan pada semua betapa kasihnya dan cinta saya terhadap ummi. dia yang membelai saya sewaktu kecil. dialah idola wanita saya dan kerana dialah saya berada di takuk ini. dia mengajar saya erti sabar, erti pengorbanan, erti syukur. dia buat saya rasa sedar diri, insaf dan malu, dan sentiasa ingin membetulkan kesilapan saya. kerana ummi, saya ingin menjadi ibu dan isteri yang baik. kerana ummi, saya berada di sini. kerana ummi lah, i am a better person now than i ever was.

to Ummi : my love for you is beyond words. you know, i love you. no matter how far apart we are, in my heart there's always you. because i am you. because i am your daughter.

Sunday, November 30, 2008

blessings in my life

today i came across my lil sister's blog of her innermost thoughts. and she blogs in malay, mostly. i have a few established blogs at this point; ranging from silly trashy issues to the ones with serious notes. only one i haven't really tried -- blogging in malay. and i have decided to start doing it -- in the spirit of bahasa jiwa bangsa and of course, my sister.

jadi, hanya untuk pendahuluan dan pembuka kata, saya 'open the table' gunakan bahasa inggeris. adik saya, fateen, pasti tergelak besar sambil terguling2 kalau dia tahu attempt saya kali yang ini. saya adalah anak melayu 'through & through'. cuma, abah saya suka gunakan bahasa inggeris -- mentang2 lah dia bekerja dgn suratkhabar inggeris utama di malaysia (suatu ketika dahulu). ummi saya rather traditional. hanya bertutur bahasa inggeris di tempat kerja -- ataupun bila bercakap di telefon dgn rakan sekerja yang bukan melayu. di rumah, bahasa melayu bahasa rasmi kami. except for bila saya 'bergaduh' atau berbalah dgn teman seloroh/debat saya -- abah. sejak saya berada di bumi mat saleh (11 tahun... tahun 2008) memang bahasa melayu saya jarang gunakan. sedangkan kalau saya berborak dgn husband pun, dah terbiasa agaknya... instead of 'saya/kita/awak', saya dan dia dah terbiasa menggunakan kata pengganti diri 'I/you'. padahal, saya adalah anak melayu 'through & through'...

anyways.
blessings in my life.

saya amat beruntung orangnya. sihat tubuh badan and jiwa. duit bukan masalah -- tidak lah berjuta, tapi cukup untuk tidak hidup 'kais pagi, makan pagi' *alhamdulillah*. saya juga punya kerjaya yang saya enjoy, cita2 saya sejak kecil lagi. pasangan hidup yang sangat menyayangi saya (walaupun kadang2 sakitkan jiwa juga!) dan 2 anak2 kecil yg sihat, bijak dan comel. ummi & abah saya yang sangat memahami (bila nak balik malaysia, yong...?) dan adik2 dan ipar duai yang memang 'kamceng'. anak2 buah saya yang memang sihat, comel dan keletah membuatkan saya selalu rindu pada tanahair...

tahun ini, umur saya dah menjejak 30. saya tidak lah pulak rasa tua, tapi matang. saya fikirkan tingkah laku saya 5 tahun yang lepas, rasa malu sendiri. saya pasti, bila umur saya menjejak 35, saya pasti akan malu sendiri sekali lagi bila memikirkan tingkah laku saya pada umur 30! tapi pada saya, it's okay. at least i have insight *smile*....

teringat saya waktu saya kecil2 dulu -- saya mesti betul selalu. ummi & abah tak pernah 100%, mesti ada yg kurang. tak tahu lah dari mana datangnya keyakinan diri yg tak terbelah bagi. kalau time exam, saya tak pernah ada masalah kurang keyakinan diri. saya percaya, you get what you put in, and i always delivered. tak pernah terlintas di fikiran saya waktu itu, yang hidup ini bagai roda -- kadang di atas, kadang di bawah. i was cocky, stubborn and very hot-headed as a young child. i still am -- kalau saya jujur. tapi saya lebih kenal diri saya sekarang. saya masih lagi mengejar kejayaan, tetapi definasi kejayaan, bagi saya, sudah berubah. kalau dulu, saya kejarkan cita2 saya untuk jadi seorang doktor perubatan, 3 tahun yang lepas saya kejarkan cita2 saya untuk mejadi seorang pakar jiwa yang mantap... sekarang semua itu sudah pasti dalam genggaman saya -- hidup saya punya lebih erti dari semua itu. sekarang erti kejayaan dan bahagia adalah lebih dari itu semua.

erti bahagia dan jaya, bagi saya -- punya tubuh badan dan jiwa yang sihat, keluarga bahagia yang saling sayang menyayangi dan supportive, dan kerjaya yang tidak mengongkong kehidupan saya bekeluarga. hidup ni sememang nya macam 'rat race' ataupun macam yg dalam TV tu 'the amazing race'. kadang2 kita sibuk terkejar2 sesuatu sedangkan apa yang ada kita tidak hargai. atau mungkin terlupa untuk hargai. itu lah hidup saya 3 tahun yang lampau. saya sibuk mengejar keutuhan kerjaya dan akademik saya. saya mungkin seorang doktor yang terbaik. tapi adakah saya seorang ibu dan isteri yang terbaik?

hasrat saya, sebelum berakhirnya umur 30 dan bermula umur 31 -- saya ingin cuba dan jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk dia dan anak2 saya. saya juga ingin sentiasa besyukur ke hadrat-Nya *alhamdulillah, Tuhan* kerana sentiasa menganugerahkan saya yang terbaik, walaupun saya adalah hamba-Nya yang tidak konsisten dan mudah alpa. di dalam jiwa saya, niat yang baik dan ikhlas, semoga Tuhan kabulkan permintaan saya.

aamiin.