Sunday, December 21, 2008

jiwa kacau

tahun 2009 semakin menjelang dan saya semakin awas dengan perkara2 penting yang masih belum dipangkah dalam senarai "things-to-do" saya. wah, serabut sungguh kepala! antara perkara2 PENTING yang tertangguh:

  1. hantar dokumen untuk diploma psikoterapi psikoanalisa commencing late Jan 09
  2. hantar dokumen untuk HR -- untuk sah jawatan commencing Jan 09
  3. hantar borang kursus temuduga untuk Higher Specialist Training di RCPI sebelum 14th Jan 09
  4. hantar borang kursus pengurusan di RCSI sebelum Jan 09
  5. discharge summaries pesakit2 yang bertimbun
  6. uruskan cuti tahunan dan cuti belajar
  7. hantar borang pelepasan ethics comittee untuk audit/survey
  8. email Prof berkenaan survey pelajar perubatan
  9. email Prof berkenaan lanjutan tugas sebagai tutor
  10. surat rasmi kepada Medical Director berkenaan wakil comittees
  11. konfirm bas sekolah anak lelaki saya
  12. book kursus2 dan tiket2 perjalanan
  13. borang aplikasi peperiksaan 26th Jan 09

itu pun bukan exhaustive list!

kepala saya serabut disebabkan beberapa perkara. anak2 saya selama ini dimanjakan oleh "mak" yang akan pulang ke tanahair pada 16th Jan 09. tidak lama lagi. sebaik sahaja Januari bermula, saya dan si dia akan menghantar kedua2 si comel itu ke Junior's Creche. anak lelaki saya sudah pun masuk sekolah rendah di umur 4.5 tahun jadi saya cuma perlu uruskan dia selepas waktu sekolah i.e. 2p.m. sedangkan anak perempuan saya sememangnya berada di Junior's Creche sejak pukul 8a.m. untuk kelas montessori. perbezaannya, bila mak sudah pulang ke tanahair, kedua2 mereka akan berada di creche sehinggalah saya pulang dari kerja -- seawal2 6p.m. dahulu, pukul 2p.m. sahaja mereka sudah pun kenyang makan bersuap dan mungkin tengok TV sambil berbaring selepas membuat kerja rumah. saya pasti mereka akan merindui mak.

saya juga pasti keadaan rumah akan menjadi lebih ribut dan serabut memandangkan semuanya saya dan si dia harus uruskan sendiri. rutin pagi tentunya berubah dan saya pasti kadar tekanan jiwa juga bertambah. namun begitu, saya berasa sangat positif sekali dgn perubahan ini. saya berasa yakin dan lebih bersedia untuk menguruskan rumahtangga dgn bantuan si dia sahaja di samping bekerja sepenuh masa. gusar dan debar? eh, tentu lah! tetapi saya optimis. soal kewangan juga agak mendebarkan bagi saya. Junior's creche juga bukannya murah tetapi masih lagi termasuk dalam kategori 'mampu'. tambah lagi keadaan ekonomi dunia yang agak gawat tanpa tanda2 akan improve dalam jangkamasa terdekat, kepala saya semakin serabut bila mengenangkan dugaan2 yang bakal tiba.

baru2 ini saya berborak kosong dengan seorang teman yang bakal pulang ke tanahair selepas berada di bumi orang selama 2 tahun. keputusannya agak mendadak, berdasarkan kegawatan ekonomi. ramai rupanya teman2 yang terpaksa pulang ke tanahair selepas 'dilepaskan' oleh majikan masing2. kecut juga perut saya mendengarnya! selalu mendengar cerita2 orang, bimbang juga saya kalau tidak berhati2 takut terkena batang hidung sendiri. lagi2 pula saya yang bermasalah suka berbelanja sampai lupa dunia!

mulai hari ini, saya berazam untuk lebih menyimpan dari berbelanja. saya tahu, azam ini memang antara yang paling sukar untuk saya lunaskan. namun begitu, apalah salahnya berazam, kan? semoga Tuhan kuatkan hati dan semangat saya untuk mencapai dan menjadikan azam saya itu suatu kenyataan.

hari esok, saya perlu cuba lebih kuat lagi untuk memangkah senarai 'things-to-do' saya. semoga jiwa saya lebih tenang dan tidak kacau lagi.

1 comment:

Najlaa said...

udah2 le menjadi boros. tau la mampu.hehe. sian nye d 2h kalo kak eton balik.. huhu