saban hari saya terfikir untuk menulis di sini. baru hari ini dapat saya nukilkan sepatah dua kata. sibuk juga akhir2 ini -- lagi lagi pula hari krismas menjelang dan hari raya aidiladha baru berlalu. hidup di negara orang ini, bak kata orang tua2 "masuk kandang kambing menguak, masuk kandang harimau mengaum". orang lain menyambut krismas, kita pun sama sibuknya. sudah menjadi culture bila menjelang krismas memang sale dan jualan murah merata2. naik gila juga makcik dibuatnya! mujurlah hari2 saya sibuk dan tiada peluang untuk mencuci mata -- kalau tidak sudah tentu dompet saya pun saya cuci sekali *smile*
kalau si dia tahu hajat di hati saya yang tak habis2 memikirkan "apa lagi yang best kat kedai tu, aku nak beli!" mahu pening dan pusing kepala si dia. alasan saya : "i kan perempuan...". yang sebetulnya, perangai suka membazir, suka membeli itu dan ini, dan tak cukup serba satu mahu serba dua ini perangai baru saya sejak berkahwin dan berkerjaya. saya tiada alasan kukuh melainkan "i like having them stuff!".... pantang ada sale, wah, seronoknya!! si dia kalau boleh memang mahu saja nak menggari tangan dan merantai kaki saya asalkan saya tidak menjelajah ke arah Brown Thomas -- officially tempat persinggahan yang saya paling gemar akhir2 ini. ketagihan sya terbaru ialah membeli beg2 tangan berjenama. kononnya buat heirlooms untuk anak gadis saya suatu hari nanti. lagi2 pula beg2 tangan berjenama yang saya ketagih membeli ini kebanyakannya tak depreciate in value. bak kata, suatu hari nanti bila saya sudah tiada, beg2 saya boleh lah menjadi kenangan ataupun bila sudah menjadi barangan vintage, harganya pasti melambung. yang paling saya suka, beg2 edisi terhad -- contohnya satu beg sandang bahu yang si dia hadiahkan untuk hari ulangtahun kelahiran saya yang akan datang. yang satu itu tak mungkin saya put up for sale, ever, sebab itu adalah kenangan untuk saya dari si dia *smile*
penyakit ketagihan saya agak keterlaluan sebenarnya. bukan terhad pada beg2, malahan jam dan juga barang kemas. mujurlah saya mampu membekukan keinginan saya ini. sudah hampir setahun saya tidak membeli jam tangan ataupun barang kemas. saya juga seorang yang mudah bosan dgn barangan yang sama. entah kenapa. buruk sungguh perangai tamak, tak cukup satu nak dua! setakat ini barangan yang saya beli, memang semuanya saya pakai. ummi saya kata, kalau tak dipakai WAJIB dikenakan zakat harta. sekurang2 dikenakan sekali setahun. ummi saya pun boleh tahan juga koleksi barang kemasnya. mungkin penyakit ketagihan saya ini, keturunan. abah saya pula lagi dahsyat ketagihannya. rokok, sampah-sarap, kertas2 dan fail2 antik/buruk zaman kerjayanya sebagai seorang pegawai tentera, surat2 cinta kami adik-beradik pun habis semuanya abah kumpul. "jangan pandai2 nak buang barang abah! sentimental value, okay!" -- naik pusing kepala ummi.
saya kurang pasti apa pula ketagihan adik2 saya. yang saya mungkin boleh teka, adik saya yang ketiga juga punya kegemaran yang sama -- beg dan juga kasut. dan tudung. oh, ya -- alat2 solek! dia memang manis orangnya. kerjanya sedari kecil dulu, sebelum pergi ke sekolah dia akan sibuk menyisir rambut yang kerinting ikal di hadapan cermin. sewaktu di kolej, memang kerjanya asyik berbedak saja. adik saya kedua, agak simple orangnya. saya kurang pasti apa pula ketagihannya. mungkin anak lelaki kesayangnnya yang baru sahaja mencapai umur 6 minggu.
adik lelaki saya yang keempat, suka sungguh dengan wang dan makanan. dan juga bergaya sakan. mujur juga orang nya memang tinggi, agak lampai juga dan berwajah tampan. adik bongsu perempuan saya pula, ada banyak ketagihannya. antara yang saya tahu -- apa juga jenis sukan terutamanya yang lasak2, menyertai kem2 anjuran belia terkini terutama yang berkenaan kem membina diri dan semangat juang, buku2 motivasi dan self-help, bidang guaman yang sedang dia pelajari di pusat pengajian tinggi, dan juga menulis puisi2 jiwangnya. adik saya yang seorang ini memang agak kreatif orang nya. adik bujang saya yang bongsu pula, lain dari yang lain. jenisnya tak suka meminta. baru2 ini saya hadiahkan dia pemain MP3. oh ya, semasa kecil dahulu dia SANGAT suka bermain video game -- CD games dan playstation. sampai sekarang pun masih suka bermain games walaupun hanya telefon bimbit.
betulkan, ketagihan itu keturunan?
saya berharap anak2 saya tidak mewarisi penyakit ketagihan saya. mujur juga si dia jenis berjimat orangnya. dia juga jenis ketagihan -- ketagihan kereta! tak mungkin saya benarkan ketagihan dia itu berlarutan. maklumlah, bukannya seorang dua jutawan!
azam saya untuk tahun baru yang semakin hampir ini adalah untuk membanteras pembaziran dan cuba sedaya-upaya saya untuk mengurangkan tahap ketagihan saya. insya Allah. paling tidak, nampaknya kenalah saya membayar zakat harta2 saya yang penghabisan hanya menjadi hiasan bilik tidur semata.
2 comments:
hehe.. glamer sebentar i u kate i jiwangs.. oh no.. bukan jiwang. seni itu nikmat ilahi. weii,..ijam x reti meminta? omg! tidak!!
hehe.. ky, bli beg mahal2.. ape la.. cube la hulur satu dua kat i..hahaha.miss u babe
muakakaka... kalau i hulur kat you bags pun macam lah you nak pakai. lagipun you have to learn to be vogue first, eh sista!!
Post a Comment